Wednesday 14 August 2019

Singapura punya cerita

Assalamualaikum...pejam celik pejam celik dah setahun lebih aku kerja kat singapore ni...bemda yang tak pernah terfikir pun atau terlintas pun yang aku sanggup kerja kat sini. Struggle? jangan cakap la...hari2 aku menghitung hari bila nak resign. Tapi sebab tanggungjawab plus aku tak nak la sia siakan ilmu yang trainer aku dah bagi. So aku curahkanlah khidmat aku kat company ni. 

Assalamualaikum...

Hai semua...sekian lama tak update blog ni. Maklumlah busy dengan kerja dan macam-macam benda dalam hidup. so, harini sementara tunggu jammed dekat Jalan Kuching tu clear, kebetulan pulak ada barista kat starbucks Pavilion ni bawak laptop. Pinjamlah kejap nak update blog ni. Okey, so hari ni, saya nak kongsi sikit tentang perangai atau orang putih cakap "attitude" manusia. 

Dalam hidup ni bermacam-macam perangai orang yang kita boleh lihat. Ada yang baik, ada yang buruk, ada yang hipokrit, ada yang mental dan macam-macamlah. Bagi aku, perangai manusia ni memang susah kita nak jangka. Satu lagi kalau dah namanya 'Attitude" hmmm....memang susah kita nak ubah. 

Aku ada satu story nak cerita. Benda ni terjadi kat 'workplace' aku. Orang Melayu cakap, tempat kerja...hihihi. Kisah ni benar-benar terjadi kepada aku. Alkisahnya, aku dah lama kerja kat sini. Yes, aku memang dah keluar masuk tempat kerja tu banyak kalilah. Itupun biasanya aku rejoined balik sebab orang panggil balik mintak tolong. Kadang-kadang tu kawan2 or exboss yang mintak tolong untuk cover sementara store tu cukup staff dan stabil. Okey bukan aku nak cakap kat sini yang aku ni hebat ke apa. Tapi aku ni jenis kalau kerja memang akan bersungguh-sungguh. Lagi satu aku ni memang jenis worker holic sikit orangnya. Sikit je tak banyak pun. Hahaha...

For you guys information, company yang aku kerja ni adalah salah sebuah company F&B terkemuka bukan sahaja di Malaysia ni. Malah seluruh dunia. Memang best. Sebab itu aku sanggup kerja keluar masuk sampai 4 kali. Hahaha...Tentu korang pelikkan? Okey untuk makluman semua, selain kerja dekat company tu aku ada part time lain. Plus aku adalah business sikit-sikit. 

Okey, berbalik kepada tittle "attitude" tadi. Masa aku mula2 masuk company ni. Lepas dah kerja beberapa bulan, aku rasa seronok sangat. Orang-orang sekeliling buat aku happy. Plus kalau nak dibandingkan dengan kerja di office memang jauh berbeza. Sebab masa kat office, bila aku bercuti, kerja aku x pernah settle. Bertambah adalah lepas masuk kerja semula. Tapi dalam F&B line ni bila kita bercuti ke, sakit ke, akan ada orang lain yang akan tolong cover kerja kita. 

Wednesday 13 September 2017

Trip ke Jepun

Assalamualaikum...lama sangat rasanya blog ni terbengkalai kerana kesibukan yang melanda. Okey kali ni aku nak share sedikit pengalaman aku menjelajah negara matahari terbit. Untuk pengetahuan korang Jepun adalah salah satu dream place aku sejak sekolah lagi. Alhamdulillah Allah beri aku rezeki untuk jejakkan kaki di sana. Semasa aku sedang tulis post ni, aku baru je balik dari sana kelmarin.
Okey, first of all aku nak bagitau yang pengalaman kat sana mmg best sangat aku dapat tgk culture dan cara kehidupan org Jepun. Well macam yang selalu di ceritakan orang ramai... yes mereka sangat polite. Host rumah yang kami duduk izinkan kami checkin awal and checkout lambat. San kalau dipamdangkan mereka semua pada aku kategori Nobita. Means sangat skema. Dari pagi ke malam aku tengok mostly memakai suit. Mata ni jarang nampak orang Jepun yang pakai casual. Mereka nak memang kuat bekerja.
Memandangkan currency semasa yang tak berapa bagus sekarang ramai yang beritahu bahawa masa ini sangat tak sesuai untuk aku travel ke luar negara. Tapi aku ni jenis kalau nak memang aku nak (degil) 😂. So apa orang kata aku tak peduli dah. Janji aku dapat apa aku nak. Hihihi
Percutian kali ni aku dengan sorang kawan lagi ni memilih untuk naik Vietnam Air. Kebetulan masa tu tiket murah pulak sekali dengan makan dan luggage. Sangat puas hati and berbaloi. Cuma kami kena korban masa sikitlah sebab kami transit lalu Vietnam. Kapal yang kami naik dari KL ke Ho Chi Minh agak kecil. Ala2 domestic flight Air Asia la. Mungkin sebab perjalanannya sekejap je dalam sejam lebih. Tapi flight nak ke Jepun memang selesa amat. Siap disediakan bantal and selimut. Pastu aku sempat layan movie yang disediakan. Aku sempat layan Suicide Squad 😂. Walaupun cite ni aku dah tgk kat wayang. Bolehlah nak abiskan masa dalam flight yg memakan masa lebih kurang 5 jam dalam tu. Satu yang aku puji pasal Vietnam Air ni. Makan. Memang rasanya full kot perut aku makan. Hahaha. Perut orang lain aku tak tahulah. 4 kali naik flight 4 kali makan dengan satu harga. Berbaloi bukan 😊. So untuk yang teringin nak cuba naik Vietnam Air ni jangan risau. Untuk flight dari Kl ke Ho Chi Minh and Ho Chi Minh ke KL memang mereka sediakan makanan yang ada sijil halal. Cabin Crew dia siap tunjuk kat kitaorg bukti sbb mula2 kami takut nak makan. So untuk flight besar dari Ho Chi Minh to Japan and Japan to Ho Chi Minh mereka akan bagi kita Muslim meal. So tak perlu risau ya.
Kami sampai di Narita Airport lebih kurang jam 8.30 pagi waktu tempatan. Kat dalammAirport mmg tak rasa sangat sejuknya. So lepas kami pickup luggage and settle imigresen dan kastam, kami ke kaunter HIS untuk claim tiket ke Disneyland yang aku dah booked dekat office HIS Malaysia. Kalau sesiapa yang nak ke Jepun blh pergi ke HIS ni yang terletak di Hotel Ansa Bukit Bintang. Dekat je dengan Monorail Bukit Bintang. Sebelah Lot 10. Kat situ korang blh book mcm2 ticket siap2. Mana2 theme park kat Jepun korang boleh booking kat sini. Pocket wifi pun ada. Aku dapat macam2 tips dari staff kat sana. Ianya sangat2 membantu.
Okey, habis cite HIS Malaysia. Kita balik ke Jepun semula 😂. Masa di HIS Malaysia aku booked ticket Disney tu untuk fixed date. Tapi HIS Jepun bagi kami open ticket. Means kami blh pegi any days dalam tempoh seminggu. Punyalah seronok. Maksudnya kalau cuaca pada hari perancangan kami nak ke sana tu x elok, kami boleh tukar date.
Okey lepas settle ticket Disney, kami pun terus ke stesen train untuk membeli Suica Card. Suica Card ni kiranya macam touch n go la klu kat Malaysia. Kita boleh gunakan card yang boleh direload ni untuk naik train, bas dan membeli-belah di mana2 convenience store yang ada kat Jepun tu. Mudah bukan? 😊 Aku reload ¥4000 kat dalam kat tu. ¥500 adalah deposit di mana korang blh dapatkan balik lepas return semula kad tu kat machine. So lepas tolak deposit jumlah yang aku boleh pakai adalah ¥3500.
Maka bermulalah perjalanan aku dan rakanku menjelajah Jepun 🇯🇵

Tuesday 12 August 2014

Hanie Soraya - Hujung Dunia (Official)

Hidup Ini Umpama Sungai Yang Mengalir

Assalamualaikum...
Sesungguhnya kejayaan itu memang sesuatu yang menjadi impian setiap orang. Tapi adakalanya kita tidak sedar kita sebenarnya telah mencapai kejayaan berulang kali. Kita sering lupakan kejayaan lantaran tidak bersyukur. Hanya ingat Sang Pencipta tatkala jatuh. Pasti kita selalu dengar ungkapan ini, "Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Selamanya". Memang benar. Kalau kita berusaha tanpa putus asa pasti suatu hari nanti kejayaan akan menjadi milik kita. 
Tapi manusia selalu lupa. Kejayaan adakalanya juga bukan selamanya. Aku pernah merasa kejayaan.  Aku pernah disanjung kerana kejayaanku. Tapi pernahkah orang peduli bila kita gagal? Pernahkah orang ambil tahu tatkala aku jatuh? Mujur aku dianugerahkan kesabaran dan kekuatan diri. Mujur aku masih diberi hidayah bahawa aku sentiasa ada Allah. Dugaan, adakalanya mata yang memandang akan sering bertanya. Kenapa hidup aku sentiasa susah? Tidakkah aku berusaha untuk ke kehidupan yang lebih baik? Sukar untuk aku menjawab pertanyaan itu. Kerana aku tidak pasti sama ada yang bertanya itu akan mengerti. Hanya hati aku yang mampu menjawab Ya, kehidupan aku memang tidak mudah. 
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi aku tahu aku punya Allah. Dugaan sebegitu adalah bahagianku. Bahagian untuk aku memainkan watakku di dunia Allah. Aku akui adakalanya aku tersasar. Tapi aku tidak pernah lupa kepadaNya. Sungguh hati aku sangat menyayangiNya. Kerana Dia tidak pernah meninggalkan aku. Kerana Dia sentiasa ada untukku. Kerana Dia tidak pernah menolak cintaku. 
Sebagai manusia, kita harus sedar. Setiap apa yang ditakdirkan untuk kita Allah tahu itu terbaik untuk kita. Redhalah. Tawakal. Namun usaha itu penting. Kerana "Usaha Tangga Kejayaan".
Hidup kita umpama sungai yang mengalir. Tidak akan berhenti selagi masa berdetik. Kita harus memikirkan hala tuju kita. Bukan orang lain. Kita harus jadi watak utama dalam kehidupan kita. bukan orang lain. 




Sekian sahaja coretanku untuk kali ini. Semoga dapat dijadikan renungan kita bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah. Dan yang sebaliknya adalah daripada kelemahan aku sendiri.

Wassalam.

Sunday 10 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...
Sudah lama rasanya aku tinggalkan blog ni. Lama tak post sesuatu yang baru. Sempena syawal yang mulia ni aku pun nak memohon maaf kepada semua rakan-rakan dan semua yang mengenali aku. Entah kenapa kali ini aku benar-benar sedih tatkala Ramadhan bakal ditinggalkan. Sayu kerana ramadhan ini aku benar-benar terasa nikmat Allah. Hati aku tersentuh dengan segala yang berlaku. Peristiwa MH17 yang turut melibatkan salah seorang keluarga kenalan sahabat baikku benar-benar buat aku terasa betapa jika tiba ajal kita tidak akan sedetik pun tercepat mahupun terlewat. Aku terfikir, andai tiba ajalku di mana aku ketika itu. Tatkala melihat anak-anak Palestin di Gaza yang terbunuh hampir setiap hari membuatkan hati aku terdetik untuk ke sana. Kalau aku seorang mutan seperti cerita X-Men sudah lama aku bunuh semua tentera Israel yang kejam.
Ramadhan...andai bisa, aku ingin Ramadhan sepanjang tahun. Bukan kerana aku tidak mengalukan syawal. Cuma aku rasa Ramadhan terlalu banyak keberkatan dan nikmatnya. Ramadhan menjadikan aku insan yang lebih baik. Cabaran di bulan-bulan yang lain adakalanya menjadikan hati aku rapuh. Tidak sekuat di bulan Ramadhan. Sungguh ya Allah. Aku ingin jadi insan yang lebih baik. Yang mendapat tempat di hatiMu ya Allah. Biar tiada sesiapa untukku di dunia ini. Asalkan Kau sentiasa ada untukku ya Allah.
Aku mahu tinggalkan segala yang menjadi kemungkaranMu. Biarlah aku tinggalkan segalanya di masa lalu. Aku mahu sucikan diriku dari dosa. Moga kau ampunkan dosaku ya Allah. Banyak sungguh dosaku.
Ku tinggalkan zaman silamku. Aku ingin menjadi orang yang baru. Orang yang lebih mengaut harta untuk bekalan ke akhirat berbanding duniawi...







Izinkan aku membahagiakan kedua-dua ibu bapaku. Aku ingin bahagiakan mereka ya Allah. Semoga umurku panjang. Sekurang-kurangnya sehingga aku sempat membalas jasa mereka.
Sekian coretanku untuk hari ini.